Skip to content
Skip to content

My Portfolio

TRANSLATION SAMPLE 1: MEDICAL
Source (English)
  1. The eligible clients for PCC include all adolescents and reproductive-age individuals.

  2. To be effective, PCC should start 4 weeks before conception.

  3. Periodontal disease is a risk factor for Adverse Pregnancy Outcomes (APO).

  4. Planning pregnancy with a BMI of ≤18.4 increases the risk of developing APO.

  5. All women of reproductive age should take 400 mcg of folic acid daily.

  6. Women need to start taking folic acid 3 months before pregnancy.

  7. The recommended routine preconception laboratory tests include Hct, HIV, HBV, and RPR or VDRL tests.

  8. Isotretinoin, Valproic acid and Warfarin are medications that pose teratogenic effects requiring preconception modifications.

Abbreviations

 PCC: Pre conception care

APO: Adverse pregnancy outcome

HCT: Hematocrit

HIV: Human Immunodeficiency Virus

HBV: Hepatitis B Virus

RPR: Reactive Plasma reagin

VDRL: Venereal disease Reasearch Laboratory

Target (Malay)
  1. Pesakit yang layak untuk PCC termasuklah semua remaja dan individu dalam lingkungan usia reproduktif.

  2. Untuk keberkesanan, PCC mesti bermula 4 minggu sebelum konsepsi.

  3. Penyakit periodontal ialah faktor risiko untuk mendapat APO.

  4. Merancang untuk hamil dengan BMI ≤18.4 meningkatkan risiko untuk mendapat APO.

  5. Semua wanita pada usia reproduktif perlu mengambil 400 mcg asid folik setiap hari

  6. Wanita perlu mula mengambil asid folik 3 bulan sebelum hamil

  7. Ujian makmal prakonsepsi rutin yang disyorkan termasuklah Hct, HIV, HBV, dan RPR atau VDRL.

  8. Isotretinoin, Asid valproik dan Warfarin ialah ubat-ubatan yang memberi kesan teratogenik yang memerlukan modifikasi prakonsepsi

Singkatan

 PCC: Penjagaan prakonsepsi

APO: Komplikasi kehamilan

HCT: Hematokrit

HIV – Human Immunodeficiency Virus

HBV: Virus Hepatitis B

RPR – Reactive Plasma reagin

VDRL – Venereal disease Reasearch Laboratory

Source (Malay)
  1. Teknologi Fotosintesis Buatan

     Tumbuhan mempunyai kemampuan untuk menukarkan cahaya matahari menjadi tenaga tanpa memerlukan usaha yang banyak. Saintis telah menghasilkan peranti prototaip yang mampu memproses fotosintesis seperti daun hijau.

    Peranti tersebut mengambil karbon dioksida, air dan cahaya matahari sebagai bahan untuk menghasilkan oksigen dan asid formik yang boleh disimpan sebagai bahan bakar (fuel). Asid tersebut dapat digunakan secara terus ataupun ditukarkan kepada hidrogen yang merupakan satu lagi tenaga yang mesra alam sekitar.

    Anda bayangkan daun menerima cahaya matahari, kemudian melalui proses fotosintesis, cahaya matahari itu bertukar menjadi tenaga untuk kegunaan daun. Peranti ini mempunyai proses yang sama. Peranti ini dapat menghasilkan proses fotosintesis buatan yang mampu menukarkan bukan sahaja cahaya matahari tetapi juga air dan karbon dioksida menjadi tenaga.

    Walaupun prototaip ini masih kecil dan hanya menerima bahan seluas 20cm persegi, ia dapat dijayakan menjadi sebesar ladang suria (solar farm). Paling menarik, asid formik yang terhasil dapat disimpan dalam bentuk cecair dan dari situ dapat ditukar menjadi pelbagai bentuk bahan bakar apabila diperlukan.

    Peranti ini juga tidak menghasilkan sisa buangan yang mampu menjejaskan alam sekitar. Peranti ini berupaya menghasilkan tenaga yang bersih dan cekap.

     Walaupun kelihatan berjaya, peranti ini masih belum bersedia untuk memasuki pasaran kerana saintis berhasrat untuk melakukan lebih banyak penambahbaikan supaya peranti tersebut dapat menerima pelbagai jenis pemangkin (catalyst) yang mungkin dapat menghasilkan bahan bakar suria yang berbeza. 

    Kita berharap teknologi-teknologi ini dapat digiatkan lagi pada masa hadapan demi kehidupan manusia yang lebih baik. 

Target (English)
  1. Artificial Photosynthesis Techology

     Plants have the ability to convert sunlight into energy without much effort. Scientists have created a prototype device that can undergo photosynthesis like green plants.

    The device takes carbon dioxide, water and sunlight as elements to produce oxygen and formic acid that can be stored as fuel source. The acid can be used directly or converted into hydrogen, which is another environmental-friendly energy.

    You can imagine leaves receiving sunlight, and undergoing photosynthesis, the light converted into energy for its use. This device undergoes the same process. This device can undergo artificial photosynthesis which is able to convert not only sunlight but also water and carbon dioxide into energy. 

    Even though this prototype is still small and is only able to receive elements within 20 square cm, it can be developed to become as big as a solar farm. Most interestingly, the formic acid formed can be kept in liquid form and from this, can be converted into various types of fuel as needed.

    Moreover, this device does not produce waste that can harm the environment. This device can produce clean and efficient energy.

    Although it seems promising, it is not yet ready for the market because scientists hope to create more improvements so that the device can receive a variety of catalyst that can create different types of solar fuel.

    We hope that technologies like these can be expedited in the future for the sake of improving human lives. 

Source (Malay)

Hedonisme itu sebahagian daripada sekularisme. Kata dasar sekularisme ialah sekular yang bermaksud dunia. Fahaman ini memisahkan hubungan antara agama dengan dunia. Fahaman ini berbentuk doktrin, pendirian, dan sebagainya yang menolak nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.

Menurut Seyyed Hossein Nasr, sekularisme bersifat manusiawi, iaitu sesuatu yang berpunca daripada manusia. Persaingan antara Tuhan dengan manusia menjadi dasar dan matlamat utamanya. Definisi sekularisme ini diperkukuh oleh Syed Muhammad Naquib al Attas, iaitu pembebasan manusia daripada unsur keagamaan dan metafizik.

Sekularisme bertujuan untuk memisahkan agama secara total daripada masyarakatdan membuka peluang untuk membangunkan pendidikan tanpa ciri keagamaan, sistem politik yang bercanggah dengan syariat, dan sistem ekonomi berasaskan riba.

Di samping itu, fahaman ini juga bermatlamat untuk menjauhkan unsur kerohanian, wahyu, perkara ghaib, serta perkara yang mempunyai hubungan dengan agama seperti akhlak, akidah, dan keimanan daripada pemikiran manusia.

Justeru, masyarakat sekular ialah masyarakat yang memiliki aspek kehidupan sosial yang bebas daripada penguasaan simbol dan institusi agama. Ini bermakna kuasa dan pengaruh agama semakin berkurangan dalam kehidupan masyarakat tersebut.

Sekularisasi melibatkan beberapa perkara, antaranya kecenderungan mengejar keseronokan dan kebahagiaan; pertambahan kebebasan dari segi sains, ilmu pengetahuan dan nilai; penekanan terhadap ukuran empirik dan ukuran yang berhubung kait dengan kecekapan duniawi; kesedaran mengenai kebolehan dan kuasa manusia terhadap alam dan masyarakat; pengurangan kuasa dan pengaruh institusi agama terhadap kehidupan manusia serta pemisahan agama daripada sistem politik dan kerajaan.

 Hedonisme mengutamakan keseronokan yang berasaskan penentuan akal fikiran. Fenomena ini menepati kehendak serta matlamat sekularisme yang ingin membebaskan manusia daripada unsur ketuhanan dan keagamaan.

Source (English)

Hedonism is part of secularism. The root word for secularism is secular which means world. This ideology separates the relationship between religion and the world. This ideology is in the forms of doctrines, principles and others that reject religious values in the social daily lives of humans.

According to Seyyed Hossein Nasr, secularism is humane, which is something that comes from humans. The rivalry between God and humans becomes its basis and main goal. This definition of secularism is supported by Syed Muhammad Naquib al-Attas, that is the freeing of humans from the elements of religion and metaphysics.

Secularism aims to separate religion from society and creates opportunities to develop education without religious features, a political system that does not adhere to any religious law, and an economic system based on usury.

Other than that, this ideology also aims to keep away spiritual elements, revelations, supernatural matters, and anything to do with religion such as morals, religious beliefs and faith from human thinking.

Therefore, the social life aspects of the secular society have freedom from any power of religious symbols and institutions. This means that the power and influence of religion greatly diminishes in the lives of the people in this society. 

Secularism involves several things, including the tendency to pursue fun and happiness; the increased freedom in terms of science, knowledge and values; the emphasis on empirical measurements and measurements related to worldly efficiencies; the awareness about the ability and power of humans over the environment and society; the reduced power and influence of religious institutions towards human life and the segregation of religion from political and governmental systems.

 

Hedonism emphasizes fun based on logical thinking. This phenomenon adheres to the wants and aims of secularism and wishes to free people from any Godly and religious elements.

Source (English)

Before we get into ear training proper, you need to learn how to actively listen to music. This isn’t listening for enjoyment; it’s listening to remember, and to analyse.

 

 

Start by isolating yourself from the hurly-burly of your day-to-day life. Turn off the TV, close the windows, and block out all extraneous noises—the air conditioner, the refrigerator, the hum of air pump in your fish tank. Create an environment in which you can focus on the music, without any distractions.

 

Begin by listening to the overall form of the song. Determine where one phrase ends and another begins. Figure out where the verses are, and the chorus, and even the bridge, if there is one. Get a feel of how the song is constructed, for its internal logic, for the way it flows from one point to another.

 

 

Now listen to the song again, but this time focus carefully on the melody line. Listen hard, listen critically. Note where the melody goes up, and where it goes down. Note where the melody changes, where the verse ends and the chorus begins, and where any variations occur. Listen to it as many times as you need, until you’re sure you can sing it back, verbatim.

Source (Malay)

Sebelum melalui latihan telinga yang betul, anda harus belajar cara untuk mendengar muzik secara aktif. Ini bukan mendengar untuk berhibur; ia adalah aktiviti mendengar untuk menghafal dan membuat analisis.

 

Mulakan dengan mengasingkan diri dari hingar-bingar kehidupan seharian anda. Matikan televisyen, tutup tingkap-tingkap, sekat sebarang bunyian yang berlebihan—penghawa dingin, pam air akuarium. Wujudkan suasana di mana anda boleh fokus semata-mata kepada bunyi muzik tanpa sebarang gangguan.

 

Mulakan dengan mendengar struktur keseluruhan lagu yang dipilih. Tentukan titik di mana frasa muzik berakhir dan frasa muzik baru bermula. Tentukan di mana bait (verse) dan korus, dan juga bridge sekiranya ada. Rasakan bagaimana lagu itu digubah, cari logik di sebalik lagu itu dan bagaimana ia mengalir dari satu titik ke titik seterusnya.

 

Kemudian, dengarkan lagu tersebut lagi tapi kali ini, fokus kepada baris melodi. Dengar dengan teliti dan kritikal. Tentukan di mana melodi menaik dan di mana ia menurun. Tulis di mana melodi berubah, di mana ver berakhir dan di mana variasi berlaku. Dengar seberapa banyak kali yang anda perlukan, sehingga yakin anda boleh menyanyikan melodi tersebut kembali dengan tepat tanpa rujukan.

Source (English)

Pada musim luruh di Arashiyama, kawasan hutan di bukit yang menjadi latar belakang kan bertukar warna. Daun akan menjadi warna oren, kuning, dan merah. Pada waktu pagi, cahaya matahari akan menyuluh terang kawasan bukit tersebut.

 

Kawasan berdekatan Arashiyama, iaitu kuil-kuil juga mempunyai pokok yang berubah warnanya. Jadi, pengunjung boleh bersiar-siar di Kawasan berdekatan.

 

Manakala, di Kiyomizu dera mempunyai kuil bagi agama Buddha dan juga kuil utaman di Kyoto yang terletak di timur bandar Tokyo. Pengunjung perlu berjalan kaki selama 15 minit sebelum sampai ke pintu masuk utama.

 

Panduan lawatan adalah seperti:

 Digalakkan menaiki bas awam di Kyoto.

 

Pada waktu malam, adanya pencahayaan (illumination), namun dibuka pada jam yang terhad.

Source (English)

During autumn in Arashiyama, the forest trees of the hill, which form the background, change colour. The leaves would turn orange, yellow and red. In the morning, the sun’s rays will brightly illuminate the hills.

 

 

In the area near Arashiyama, the temples have that change colour. Visitors can stroll the nearby areas.

 

 Meanwhile, in Kiyomizu dera, there is a Buddhist temple which is also the main temple in Kyoto, located east of Tokyo city. Visitors must walk for 15 minutes before arriving at the main entrance.

 

Guidelines for visitors are as follows:

 Encouraged to use the public buses in Tokyo.

 

 During nightfall, there is illumination, but it is available for a limited number of hours.