Skip to content

Ulasan Buku Enam Angka Menjelang Disember

Cover Enam Angka Menjelang Disember oleh Azraei Muhamad
Enam Angka Menjelang Disember oleh saudara Azraei Muhamad diterbitkan oleh Write & Brave menceritakan tentang perjalanan penulis menuju ke financial glory.

Ringkasan Enam Angka Menjelang Disember

Buku ini menceritakan perjalanan penulis menuju financial glory. Kisah peribadi penulis menjadi inspirasi supaya pembaca lebih cakna tentang pengetahuan kewangan. Penulis mempunyai kesedaran awal tentang kepentingan pendidikan kewangan hasil daripada didikan awal ibu bapanya. Setiap bab disusun mengikut perjalanan realiti dan mudah difahami sebagai topik yang berdiri sendiri. Buku ini terus terang dalam menyampaikan mesej dan tidak berselindung di sebalik basa-basi. Rasa seperti seorang sahabat yang menceritakan pengalaman peribadi.

Gaya Penulisan

Penulis menggunakan pendekatan conversational dalam penulisan. Oleh itu, gaya penulisan lebih hampir kepada gaya blogging dan kurang formal. Pendekatan ini membuatkan pembaca berasa lebih mengenali personaliti penulis dan hasilnya, nasihat yang diberi mungkin akan sampai dengan cara yang lebih halus dan menusuk. Baik, saya cuba share sedikit quote untuk anda mengalami sendiri kesannya

“Pada hari bekerja, aku akan bangun pagi awal sikit, aku luangkan masa dalam 30 minit siap-siapkan bekal untuk dibawa ke office. Maka bermulalah rutin aku macam mak-mak, bawa bekal pergi office” pg 40

Setelah membaca petikan ini, terdetik untuk mengikut langkah penulis yang rajin membawa bekal untuk berjimat-cermat, kan?

Pengajaran dari Enam Angka Menjelang Disember

Menghabiskan pembacaan buku ini membuatkan saya berasa lebih bersemangat untuk menambah pengetahuan dalam bidang kewangan dan membuatkan saya sedar, betapa ilmu kewangan yang cetek mampu merencatkan perjalanan kejayaan seseorang.

Secara jujur, buku ini sesuai dibaca oleh orang-orang muda yang masih tercari-cari halatuju kewangan atau mencari tapak dalam kehidupan kerjaya. Mungkin, mereka yang telah berada di puncak kerjaya kurang mendapat manfaat dari sini.

Selepas membaca buku ini, saya bersemangat untuk meneruskan kajian dan menyusun langkah menuju ke financial glory peribadi.

Jadi, anda bila lagi?